Menteri KPKT kini berkongsi mengatakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan membentangkan Rang Undang-Undang Sewaan Kediaman di Parlimen pada tahun 2026 ini. BUat masa ini, RUU berkenaan dalam peringkat akhir pelaksanaan kajian.
RUU Sewaan Kediaman disasarkan dalam memastikan hak penyewa dan pemilik rumah terjamin. Pada masa yang sama, RUU ini juga dijangka akan memastikan pasaran hartanah kekal stabil.
Disamping itu, ia dijangka menawarkan mekanisme penyelesaian pertikaian tanpa mengawal kadar sewa, serta mengalakkan pelaksanaan skim bina dan jual melalui kelulusan perancangan yang lebih pantas.
Pengenalan Rang Undang-Undang ini juga dijangka akan mengatasi pelbagai masalah melibatkan pasaran sewaan kediaman di Malaysia selama ini.