Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) kini menyambut baik cadangan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dalam usaha membolehkan majikan Malaysia menggaji pekerja asing secara terus. Langkah itu dilihat lebih efektif susulan memberi penjimatan kos dan mengelakkan berlakunya isu eksploitasi bersama pihak perantara.
Setakat ini perbincangan bersama sebilangan kedutaan asing menunjukkan pertimbangan tersebut diterima baik dan berupaya membantu pekerja asing lebih memahami skop serta terma pekerjaan mereka sebelum tiba di pasaran negara.
Untuk makluman umum, Kesuma kini sedang merangka laluan pengambilan terus pekerja asing tanpa orang tengah. Tumpuan ini tidak hanya memudahkan majikan tetapi penting untuk membantu kumpulan pekerja daripada risiko pemerdagangan manusia, penipuan, beban hutang serta perhambaan moden.