Kerajaan kini dimaklumkan bersetuju untuk memberi diskaun tol bersempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina – tidak lama lagi. Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan kos perjalanan penduduk negara ketika musim perayaan.
Keputusan itu telah dicapai pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini menurut jurucakap Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil – di mana Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memaklumkan pengumuman itu dalam masa terdekat.
Ini bermakna butiran penuh berkaitan diskaun tol termasuklah kelas kenderaan yang terlibat akan diperincikan kelak.