Artikel

Berjaya Food Kecilkan Kerugian Kepada RM12.09 Juta – Melalui Penjimatan Kos, Penstrukturan Semula Kedai

Berjaya Food Berhad (BFood) terus berdepan cabaran permintaan yang rendah pada suku kedua 2026, mengakibatkan kumpulan ini kekal mencatatkan kerugian. Namun, prestasi kewangan menunjukkan tanda pemulihan apabila kerugian mengecil ketara kepada RM12.09 juta, berbanding kerugian RM35.27 juta yang direkodkan pada tempoh sama tahun lalu.

Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia, pendapatan kumpulan bagi suku semasa adalah sekitar RM126.30 juta. Prestasi ini antara lain disokong oleh hasil yang memberangsangkan daripada operasi luar negara.

Pengecilan jumlah kerugian sebanyak 66% ini didorong oleh inisiatif kumpulan dalam melaksanakan langkah penjimatan kos yang ketat serta penstrukturan semula operasi, termasuklah penutupan cawangan-cawangan yang tidak menguntungkan.