Artikel

Selangor Tawar Kelas Bahasa Asing Percuma – Permohonan Dibuka 9 Februari Ini

Bermula 9 Februari ini, negeri Selangor akan mula membuka permohonan penyertaan kelas bahasa asing secara percuma kepada semua pengguna awam. Penawaran ini untuk makluman melibatkan kelas bahasa Mandarin, Arab, Tamil, Perancis dan Sepanyol kepada dua kategori melibatkan kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun dan dewasa 13 tahun ke atas.

Penawaran di bawah seliaan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) ini menjelaskan setiap sesi kelas bahasa asing yang dilaksanakan akan dijalankan selama 3 bulan. Yang mana ia dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian dan terdapat pilihan masa disediakan.

Berdasarkan makluman awal, keutamaan kelas bahasa asing ini akan diberikan kepada penduduk negeri Selangor. Setelah pendaftaran dilaksanakan maka pihak PPAS akan menghantar pengesahan kepada pemohon menerusi saluran emel yang dilampirkan. Maka uuntuk ketahui lanjut, semua pihak boleh merujuk laman PPAS pada 9 Februari ini bagi tindakan permohonan.