Seperti yang dijanjikan pentadbiran Malaysia, bermula 9 Februari ini – sekitar 22 juta rakyat negara yang berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Dana ini jelas Kementerian Kewangan (MOF) akan dikreditkan secara automatik pada MyKad sebagaimana yang dilaksanakan pada agihan sebelumnya. Peruntukan RM2.2 bilion SARA ini dijangka tidak hanya membantu meringankan komitmen kos barangan asas tetapi turut memberi manfaat kepada rakyat dewasa Malaysia untuk laksana persiapan bersempena sambutan Tahun Baru Cina dan Ramadan tidak lama lagi.
Sebagai peringatan, dana RM100 SARA ini sah digunakan sehingga 31 Disember 2026 kelak. Di mana penerima boleh memanfaatkan bantuan ini untuk membeli lebih 100,000 barangan asas di rangkaian peruncit terpilih di seluruh negara.