Selari dengan matlamat meningkatkan sokongan digital pada kemudahan pengangkutan awam Malaysia – Prasarana hari ini secara rasminya melancarkan ciri eksklusif Penjejak Penjimatan buat pengguna Pas My50 menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Akses ini untuk makluman akan membolehkan pengguna untuk menyemak jumlah penjimatan sebenar yang dinikmati sepanjang tempoh penggunaan pas berbanding tambang secara berasingan bagi setiap perjalanan. Lebih menarik, ciri ini turut akan memberi notis peringatan kepada pengguna sekiranya had perbelanjaan pengguna tidak mecapai RM50.

Melalui peringatan itu, Prasarana dan TNG eWallet akan membantu pengguna menilai manfaat penggunaan pas dengan lebih jelas dan merancang perjalanan harian lebih bijak bagi mengoptimumkan sepenuhnya nilai dan faedah My50.
Selain pengenalan ciri eksklusif ini, tidak hanya My50 pengguna juga kini dibolehkan untuk membeli Pas Rapid Kota dan Rapid Kembara pada aplikasi TNG eWallet.