Artikel

Agrobank Rugi Lebih RM200 Juta Akibat Masalah Sistem Dalaman – Parlimen

Data 2020 sehingga 2025 menunjukkan Agrobank berdepan kerugian yang tinggi melibatkan amaun sebanyak RM7.9 bilion – kesan jenayah penipuan kewangan atas talian di pasaran semasa.

Perkongsian pada notis Parlimen ini mendedahkan jenayah telekomunikasi dan jenayah e-dagang menjadi kategori yang tertinggi menyebabkan kerugian tersebut. Namun sekitar RM203 juta kerugian dijelaskan adalah disebabkan masalah sistem dalaman yang berlaku pada November 2025 lalu. Kerugian itu bagaimanapun jelas Kementerian Kewangan (MOF) diperincikan tidak menjejaskan data dan kewangan pengguna. Setakat ini isu tersebut masih dalam siasatan dengan melibatkan tangkapan ke atas 47 individu dengan 3 individu dituduh di bawah kesalahan berkaitan keldai akaun.

Selain itu, sekitar RM40 juta kerugian pula didapati berlaku kesan aktiviti Pelaburan Tidak Wujud. Kerugian ini berlaku dengan menggunakan modus operandi tawaran pelaburan mata wang kripto melibatkan aset $6.4 juta yang dipindahkan ke beberapa akaun kripto.

Melihat kepada jumlah kerugian ini, MOF bersama pihak berkuasa PDRM, SC dan BNM kini bercadang memperketatkan peruntukan perundangan seperti akta komunikasi dan undang-undang berkaitan kewangan bagi membolehkan penalti dan tindakan pelucutan harta sindiket penipuan ditambahbaik pada pasaran hadapan.