Berkuat-kuasa hari ini, 4 Februari 2026, Malaysia mengharamkan sepenuhnya pengimportan sisa elektronik atau e-waste. Ia kini diklasifikasikan dibawah kategori Larangan Mutlak, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.
Langkah ini diambil dalam usaha memperketatkan lagi kawalan kemasukkan sisa berbahaya ke Malaysia, dan pada masa yang sama lebih melindungi alam sekitar.
Untuk makluman, sebelum ini sisa elektronik dikategorikan sebagai Larangan Bersyarat, memberikan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar untuk menggunakan budi biacara dalam memberikan pengecualian terhadap pengimportan sisa terlarang, tertakluk kepada syarat tertentu bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Selari dengan pengharaman ini juga, kita akan dapat melihat penguatkuasaan tegas diambil dalam mengekang kemasukkan sisa elektronik ke Malaysia oleh semua agensi yang terlibat.