Artikel

Praveen Rajan Kini CEO Baharu PayNet

Seperti yang dimaklumkan, bermula 1 Februari 2026 lalu – Praveen Rajan kini secara rasminya diumumkan menerajui rangkaian pembayaran nasional Malaysia iaitu Payment Network Malaysia (PayNet) selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) menggantikan mantan CEO Farhan Ahmad.

Berbekalkan pengalaman yang luas pada arena teknologi kewangan lantikan Praveen dilihat bertepatan dengan matlamat PayNet. Sebelum ini Praveen merupakan Pengasas Bersama startup LifeLogger dan perluaskan jejak pengalamannya bersama Digi selaku Ketua Pegawai Pemasaran dan Ketua Pegawai Digital sehingga 2020. Setelah itu dia dipilih untuk memikul peranan Ketua Perniagaan Pengguna pada kumpulan CelcomDigi.

Dengan penyertaan Praveen, PayNet optimis pengukuhan produk kumpulan akan dicapai secara berkala dan meluaskan lagi akses pada rangkaian pembayaran di seluruh Malaysia.