Artikel

PETRONAS Perluas Kerjasama Strategik Beli LNG Daripada QatarEnergy – Selama 20 Tahun

Bermula tahun ini, PETRONAS melalui anak syarikatnya PETRONAS LNG telah mencapai kesepakatan membeli gas asli cecair (LNG) selama 20 tahun dengan QatarEnergy – dengan perolehan bekalan sehingga 2 juta tan metrik LNG setahun.

Menerusi komitmen ini, tindakan itu sekali gus akan mengukuhkan keselamatan bekalan tenaga Malaysia dan memastikan ketersediaan LNG negara kekal stabil bagi memenuhi permintaan domestik yang dilihat kian meningkat.

Selain perluasan kerjasama strategik tersebut, pengumuman yang dicapai pada acara LNG2026 Qatar minggu ini turut memperincikan – tindakan tersebut berpotensi meningkatkan daya tahan portfolio PETRONAS di pasaran global selain menyokong pembangunan peralihan tenaga mampan negara di pasaran semasa.