Proton, pengeluar automotif tempatan kini meletakkan sasaran untuk menjual sekitar 200,000 unit kenderaan sepanjang 2026 ini. Sasaran ini diletakkan selari dengan jualan pada bulan Januari 2026 yang mencapai sebanyak 19,833 unit.
Proton mengatakan ini adalah peningkatan yang tinggi dalam 15 tahun kebelakangan ini. Sebagai perbandingan, Proton menjual 9,918 unit kenderaan sahaja pada Januari 2025 lepas.
Model yang menerima permintaan tinggi adalah Proton Saga, dimana telah terjual sebanyak 10,285 unit pada Januari 2026 sahaja. Model baharu ini telah dilancarkan pada penghujung November 2025. Tempahan untuk model ini saja telah mencapai hampir 100,000 unit setakat ini.
Selain Proton Saga, jualan model kenderaan lain juga dijangka terus meningkat, termasuk kenderaan elektrik dan hibrid.
Selari sasaran baharu ini, Proton turut menyasarkan untuk memegang sekitar 30.6% pasaran automotif di Malaysia pada tahun ini.