Setelah Kedah, kini beberapa negeri lain turut melaksanakan pengumuman baharu berhubung pelarasan kadar zakat fitrah menjelang ketibaan Ramadan. Terbaharu, negeri Perak dan Pulau Pinang kini memaklumkan kadar wajib zakat fitrah negeri adalah bermula RM10.
Untuk tahun 2026, Perak minggu ini mengumumkan terdapat 3 penetapan kadar zakat fitrah buat penduduk negeri mengikut jenis beras iaitu RM10, RM16 dan RM25. Pelarasan ini sekaligus menunjukkan berlaku perubahan pada kategori penggunaan beras basmati, beras Jepun, beras pulut dan seumpamanya iaitu menjadi lebih rendah berbanding penetapan RM27 pada 2025.
Sementara Pulau Pinang pula menetapkan 3 kadar zakat fitrah RM10, RM15 dan RM25 mengikut kategori penggunaan beras. Berdasarkan harga, penetapan ini dilihat kekal sebagaimana yang dilaksanakan pada 2025. Namun berdasarkan kategori zakat fitrah, Pulau Pinang sebelum ini menyediakan 4 pilihan kadar zakat fitrah tetapi tahun 2026 hanya 3 kadar zakat fitrah dilaraskan.