GuocoLand (Malaysia) Berhad kini telah menerima cadangan untuk menjadikan syarikat berkenaan sebagai syarikat persendirian, sekaligus ingin mengeluarkan ia dari penyenaraian di Bursa Malaysia. Cadangan ini hadir daripada GLL (Malaysia) Pte Ltd (GLLM), pemegang saham utama GuocoLand (Malaysia) Bhd (GLM).
Dibawah cadangan ini, GLLM menawarkan RM1.10 tunai sesaham kepada pemegang minoriti GLM, melibatkan jumlah kira-kira RM269.44 juta. Tawaran ini mempunyai tempoh sehingga 2 Mac 2026 melainkan dilanjutkan untuk dipertimbangkan dan menentukan sama ada bersetuju terima untuk melaksanakan cadangan syarikat persendirian atau penswastaan ini.
Untuk makluman, GuocoLand (Malaysia) merupakan bahagian hartanah dibawah Hong Leong Group, yang mana bertanggungjawab dalam membangunkan perumahan serta bangunan komersil di Malaysia. Syarikat induknya, Guocoland mempunyai operasi di Singapura, China dan Malaysia.