Artikel

7.31 Juta Akaun Telah Dibuka, Bersama Jumlah Deposit RM23.88 Bilion – Simpan SSPN

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN), iaitu segmen simpanan khas di bawah PTPTN kini dilihat terus memaparkan kemajuan yang positif apabila sejumlah 7.31 juta akaun telah dibuka dengan mencatatkan jumlah deposit semasa sekitar RM23.88 bilion – setakat akhir tahun lalu.

Untuk tahun 2025 sahaja, bilangan akaun baharu telah alami pertambahan 540,000 akaun dengan kemasukan jumlah deposit sekitar RM3.33 bilion.

Menerusi prestasi itu, ia secara jelas amalan menabung di awal usia semakin meningkatkan kalangan penduduk negara, yang sekali gus mengurangkan lagi kebergantungan penjaga pada tindakan pinjaman pendidikan tinggi di masa hadapan.

Tidak hanya akses simpanan, menerusi Simpan SSPN pelbagai insentif lain turut dapat dimanfaatkan pengguna seperti perolehan dividen tahunan, perlindungan takaful, serta penawaran pelepasan taksiran cukai maksimum RM8,000 setahun ke atas simpanan bersih.