Artikel

MyKad Baharu Bolehkan Pihak Berkuasa Jejak Rekod Beli Minyak Masak Subsidi

Dengan pengenalan MyKad baharu yang dijangka direalisasikan mulai 1 Jun ini, kelak pihak berkuasa boleh menjejaki rekod pembelian minyak masak paket bersubsidi menerusi ciri kod QR yang tersedia pada kad pengenalan diri tersebut. 

Jelas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) fungsi ini akan membantu memudahkan pemantauan pihak berkuasa akan penyalahgunaan jualan minyak masak bersubsidi ini di pasaran semasa.

Pihak berkuasa juga bercadang memperluas penggunaan platform MyKasih untuk pembelian minyak masak bersubsidi, menyusuli kejayaan program SARA dan subsidi RON95. Perkembangan ini akan diumumkan secara rasmi setelah semua pihak mencapai kata sepakat.