Artikel

Pendaftaran Murid Tahun 1 Pada 2027 Akan Dibuka Secara Atas Talian – Mulai 15 Februari-31 Mac 2026

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini mengumumkan sesi pendaftaran murid Tahun 1 bagi kemasukan 2027 akan dilaksanakan secara atas talian, yang mana permohonan akan mula dibuka pada 15 Februari 2026 sehingga 31 Mac 2026 ini. 

Para penjaga dan ibu bapa boleh laksana pendaftaran sedemikian menerusi laman Sistem Bersepadu Kementerian Pendidkan (MOEIS).

Pembukaan ini untuk makluman adalah tindakan secara sukarela dan tiada sebarang ujian saringan akan dikenakan untuk setiap murid yang berdaftar. Oleh itu para ibu bapa dan penjaga disarankan untuk mendaftar akaun di Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) bagi mengemaskini maklumat peribadi dan mengemukakan permohonan menerusi MOEIS mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Maka segala maklumat lanjut, semua pihak boleh merujuk pada laman rasmi KPM, Jabatan Pendidikan Negeri serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) terdekat.