Artikel

Kadar Gaji Minimum Pekerja Gig Akan Diperhalusi Majlis Perundingan Gig 

Bertepatan dengan tindakan pelaksanaan penuh Akta Pekerja Gig yang dijangka, dimuktamadkan selewatnya akhir Mac 2026 kelak pada pasaran Malaysia – disasarkan pertimbangan berhubung kadar gaji minimum pekerja gig turut menjadi tumpuan pentadbiran negara.

Kajian itu menurut Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akan diteliti di bawah penubuhan Majlis Perundingan Gig (MPG) kelak. Di mana pelarasan itu masih diperingkat awal dan menjadikan kadar gaji minimum semasa RM1,700 sebagai rujukan asas pada penetapan gaji kalangan pekerja gig di Malaysia.

Seperti yang umum sedari sifat pekerjaan gig adalah berbeza dengan pekerjaan konvensional, maka keperluan pendekatan yang lebih sesuai selaras dengan ekosistem arena gig di Malaysia wajar dilaksanakan. Secara menyeluruh MPG akan berperanan menjalankan kajian, menganalisis data pasaran, amalan di peringkat anrabangsa serta membincangkan formula kadar pendapatan minimum sebelum dikemukakan cadangan kepada kerajaan.