Artikel

Isu Scam 2025 – Malaysia Rugi RM542 Juta, Hanya RM34 Juta Berjaya Diselamatkan

Aktiviti penipuan atas talian pada pasaran Malaysia dilihat terus rancak – apabila tahun 2025 sahaja merekodkan sejumlah RM542 juta kerugian telah didepani rakyat dan institusi negara kesan daripada akiviti scam ini.

Dan daripada nilai kerugian tersebut, hanya RM34 juta sahaja berjaya diselamatkan dengan RM6.7 juta telah dikembalikan kepada mangsa scam.

Walaupun nilai tersebut kekal kecil berbanding dana kerugian menyeluruh, namun Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada perkongsian Parlimen semalam menjelaskan rekodkan ini memaparkan peningkatan yang lebih besar berbanding isu penipuan pada 2024. Yang sekadarĀ  berjaya menyelamatkan sekitar RM508,479.39.

KDN optimis isu scam ini berupaya ditangani secara berkala susulan kini pihak berkuasa memiliki sokongan yang lebih cekap antaranya khidmat 24 jam operasi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) dan telahpun melaksanakan pertambahan petugas pada peranan tersebut.