Setakat akhir tahun lalu, nilai transaksi skim Bayar Nanti Pakai Lekas (BNPL) di Malaysia mencecah RM4.9 bilion. Daripada jumlah tersebut, pinjaman tidak berbayar direkodkan berjumlah RM160.2 juta, iaitu sekitar 3.3% daripada keseluruhan nilai pinjaman.
Data yang dikongsikan Kementerian Kewangan (MOF) ketika sidang kamar khas Parlimen hari ini mendedahkan lebih ramai rakyat Malaysia menjadikan kaedah BNPL sebagai pilihan pembayaran perbelanjaan harian mereka.
Apa yang membimbangkan, lebih 70% pengguna aktif adalah daripada golongan berpendapatan rendah (B40).
Sementara taburan mengikut usia pula memaparkan golongan belia berusia 30 tahun ke bawah merupakan pengguna terbanyak yang mewakili 40% daripada keseluruhan jumlah transaksi. Meskipun angka tunggakan mencecah 3.3%, MOF kekal optimis bahawa situasi tersebut masih terkawal dan tidak menggugat kestabilan pasaran kewangan negara buat masa ini.