Selain menyediakan kemudahan sokongan pendapatan, manfaat tambahan – tidak lama lagi inisiatif memberi pekerja khidmat perlindungan 24 jam (Skim LINDUNG 24 Jam) akan dilaksanakan di pasaran Malaysia. Dijangka akan diperkenalkan selewatnya suku ketiga 2026.
Kemudahan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ini selaras dengan komitmen kerajaan setelah meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja pada Disember 2025 lalu. Yang mana langkah itu secara langsung dapat meluaskan Skim Bencana Pekerjaan kepada semua waktu, sepanjang hari.
Dengan sasaran itu, ia dijangka dapat memberi manfaat sekitar 9 juta pekerja Malaysia dan membantu segmen ekonomi semasa meningkatkan tahap produktiviti secara berkala.