Setelah menunjukkan minat untuk memiliki kepentingan PUMA sejak akhir November lalu, ANTA Sportskini mengumumkan pihaknya telah mencapai kesepakatan menerusi perjanjian pembelian saham bersama Artémis – mengambil alih 29.06% pegangan dalam PUMA SE, iaitu syarikat disebalik jenama ikonik PUMA.
Pegangan yang bernilai €1.51 bilion secara langsung akan membantu Anta Sports mengukuhkan rangkaiannya di peringkat global selari meraih penguasaan yang lebih tinggi pada persaingan semasa.
Urus niaga ini dijangka dapat diselesaikan menjelang akhir 2026 ini dengan ekuiti sedemikian dibiayai sepenuhnya menggunakan sumber tunai dalaman ANTA Sports.