Dalam usaha mengawal kenaikan harga rumah yang dilihat terus memberi tekanan kepada sebahagian pengguna. Kerajaan memaklumkan pihaknya telah menetapkan had siling rumah mampu milik pada kadar RM300,000 di bawah Dasar Perumahan Mampu Milik Negara.
Selain langkah itu, Malaysia turut melaksanakan pemetaan harga rumah mampu milik – di mana sebilangan harga rumah kos rendah diselaraskan mengikut kemampuan rakyat setempat. Ini bermakna anda diantara unit di bawah RM300,000.
Jelas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada sesi Parlimen hari ini, pemetaan harga rumah mampu milik ini didasari akan pendapatan median mengikut negeri dan daerah hasil daripada Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah pada 2024.
Maka pemetaan itu menjadi rujukan bagi penetapan harga rumah di satu-satu lokaliti dan boleh diakses di papan pemuka maklumat rumah mampu milik di laman Malaysia Urban Observatory (MUO).
Dengan pemetaan ini, bebanan pembeli rumah kali pertama dapat dikurangkan melalui penetapan harga yang lebih realistik. Inisiatif ini bukan sahaja membantu rakyat meraih harga rumah yang setimpal mengikut gaji setempat, malah menjadi pemangkin kepada pemilikan kediaman yang lebih mampan di pasaran Malaysia.