Artikel

ShopeePay Perkenal Money+: Kini 2.7 Juta Pengguna Malaysia Boleh Melabur, Jana Pulangan Harian

Bersama lebih 2.7 juta pengguna aktif di MalaysiaShopeePay kini meluaskan tawaran khidmat kewangan digital mereka dengan perkenalkan ciri pelaburan baharu Money+ di pasaran negara. 

Iaitu membolehkan pengguna melabur serendah RM10 dan menjana pulangan harian.

Para pengguna dijelaskan boleh mengakses ciri Money+ ini menerusi aplikasi ShopeePay atau Shopee. Buat pengetahuan umum, ciri pelaburan tersebut dibangunkan hasil kerjasama iFast Capital dan disokong oleh dana pasaran wang patuh Syariah daripada Eastspring Investments Islamic E-Duit Fund. 

Menariknya ciri pelaburan ini tidak sekadar memberi ganjaran pulangan harian kepada pengguna tetapi turut membolehkan pengguna mengakses baki mereka serta-merta untuk pembelian atau pembayaran melalui DuitNow QR serta mengeluarkan dana pada bila-bila masa.

Maka dengan segmen pelaburan baharu ini, Shopee Malaysia ia tidak hanya meluaskan lagi pilihan menjana pulangan buat pengguna, tetapi turut menggalakkan dan mendidik pengguna Malaysia pada amalan meningkatkan simpanan demi kepentingan tunai di masa hadapan.

Selari dengan pelancaran rasmi hari ini, pengguna yang mengekalkan baki minimum RM150 dalam akaun Money+ dimaklumkan mereka akan menerima bonus tambahan sehingga RM1,000 dengan pontensi pulangan sehingga 6% setahun dikredikan ke akaun Money+ setiap hari. Manfaat ini dijelaskan bermula 27 Januari sehingga 27 April 2026 kelak. Untuk maklumat lanjut semua pihak boleh layari Shopee Malaysia dan muat turun aplikasi ShopeePay bagi meraih manfaat berganda.