Artikel

Mulai 1 Februari Ini – Slip Road Tax Bercetak Dihentikan Sepenuhnya

Pos Malaysia kini memberi peringatan kepada semua pemandu kenderaan persendirian warganegara Malaysia – bahawa tidak lama lagi slip cukai jalan (road tax) bercetak akan dihentikan iaitu berkuat kuasa 1 Februari 2026 ini. 

Jelas notis semasa, pada tarikh berkenaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan lagi mengeluarkan slip versi fizikal buat kenderaan persendirian milik warganegara Malaysia.

Oleh itu, jika orang ramai ingin memiliki slip tersebut dinasihatkan untuk perbaharui slip semasa dan insurans motor di pejabat pos berdekatan sebelum tarikh tamat tempoh. Sementara secara digital pula, para pemandu boleh memilih untuk menggunakan mod paparan cukai jalan menerusi aplikasi MyJPJ.

Buat pengetahuan umum, dengan penamatan slip bercetak ini ia sekali gus akan merealisasikan penjimatan kos sehingga RM96 juta setahun kepada kementerian susulan pemberhentian pengeluaran slip fizikal cukai jalan sepenuhnya iaitu melibatkan kos pelekat dan kad lesen.