Berikutan telah meraih kelulusan pelaburan sehingga RM200 juta dari Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai langkah mengukuhkan ekosistem koperasi pada arena kewangan digital – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) kini memaklumkan pihaknya dalam fasa akhir rundingan bagi tindakan pembelian ekuiti bank digital tempatan.
Fasa akhir itu antaranya adalah mendapatkan keputusan muktamad kelulusan dari pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Ini kerana setiap pelaburan dan penglibatan ANGKASA, perlu meraih persetujuan pihak suruhanjaya bagi mengukuhkan kapasiti kumpulan.
Berdasarkan komitmen sebelum ini, terdapat potensi bahawa pembelian ekuiti tersebut melibatkan Boost Bank, ini susulan ANGKASA telahpun melaksanakan komitmen perjanjian pembiayaan bersama Boost Bank untuk mengukuhkan modal bersama anak syarikat ANGKASA pada Jun 2025 lalu.