QL Resources, syarikat induk disebalik pengendali FamilyMart Malaysia menerusi hab pengeluaran makanan agro QL Foods – kini mengumumkan pelaburan berjumlah RM1.3 bilion, bagi membangunkan taman industri makanan QL Innofood Park di Hutan Melintang, Perak.
Hab makanan yang berpotensi menyediakan sekitar 3,000 peluang pekerjaan baharu ini dijangka akan dilaksana secara berperingkat selama 10 tahun. Di mana terdapat 13 kilang pengeluaran dan infrastuktur sokongan akan dibangunkan bagi membantu kecekapan gudang dan kemudahan pekerja.
Adanya sokongan hab makanan ini, ia dijangka akan meningkatkan kapasiti produk tahunan QL Foods kepada 180,000 tan. Penambahan sekitar 130,000 tan ini mewakili 2.5 kali ganda berbanding kapasiti sedia ada 50,000 tan.