Pagi ini memperlihatkan kedudukan ringgit terus mengukuh apabila dibuka pada paras hampir tertinggi dalam tempoh 7 tahun iaitu kepada 3.9850/9950 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.0045/0080.
Buat pengetahuan umum, kali terakhir meraih rekod diniagakan pada paras yang sama adalah 24 Mei 2018, yang mana ketika itu ringgit mencecah RM3.9797 berbanding dolar AS.
Kedudukan ini dilihat disokong akan aliran ekonomi domestik yang stabil, pengekalan OPR yang sama tanpa memberi tekanan kos kepada pengguna serta pengukuhan perdagangan Malaysia di pasaran global. Menurut tinjauan pemerhati Bank Muamalat pada laporan Bernama, prestasi ini berupaya meningkatkan pengaruh ringgit pada pasaran semasa.