Artikel

Barangan Basah Antara Diteliti Masuk Senarai SARA

Berikutan menerima pelbagai cadangan meluaskan skop barangan keperluan di bawah Sumbangan Asas Rahman (SARA) – kini diperincikan barangan basah seperti ikan dan ayam menjadi antara pertimbangan yang sedang diteliti.

Perihal itu menurut laporan Bernama, senarai baharu ini dijangka dapat dilaksanakan selewatnya sebelum memasuki bulan Ramadan tahun ini.

Sekiranya cadangan itu diterima, tindakan tersebut berupaya memberi kelegaan yang besar kepada masyarakat negara dalam persiapan menyambut Aidilfitri dan perayaan lain kelak.

Selain tumpuan tersebut, kerajaan juga bercadang meluaskan rangkaian rakan niaga SARA dengan melibatkan lebih banyak kedai runcit kecil, khususnya di kawasan pendalaman, bagi memudahkan penerima di kawasan tersebut meraih akses yang sama sebagaimana pengguna lain.