Ternyata ketika ini hanya 22% rakyat Malaysia sahaja didapati dilindungi insurans perubatan di pasaran semasa. Melihat pada rekod itu, peratusan ini dijangka akan meningkat susulan tidak lama lagi rakyat akan memiliki pilihan perlindungan kesihatan mampu milik di bawah Pelan Insurans dan Takaful Perubatan Asas (MHIT) yang akan diperkenalkan pada awal 2027.
Lebih menarik, berdasarkan makluman Kertas Putih MHIT Asas yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) minggu ini, didapati pelan perlindungan tersebut akan lebih menjimatkan pengguna – iaitu sehingga 40% lebih rendah kosnya berbanding sebilang pelan insurans swasta utama di pasaran. Sebagai gambaran, bagi individu berusia 31 hingga 35 tahun, premium berpotensi bermula serendah RM50 sebulan di bawah pilihan pelan tertentu. Ini antara julat harga yang akan ditawarkan mengikut kategori usia pengguna:

Kedudukan ini menurut pengamatan CIMB Securities, akan membantu golongan pengguna yang mencari alternatif pelan insurans lebih murah berbanding kenaikan kadar premium insurans sedia ada yang ketika ini membebankan kewangan pengguna negara, terutamnya bagi warga emas.
Tidak hanya itu, usaha pihak berkuasa yang membenarkan pencarum untuk membayar pelan ini menggunakan Akaun 2 KWSP dilihat sebagai langkah kritikal yang baik dalam membantu rakyat menguruskan aliran tunai tanpa menjejaskan komitmen bulanan. Untuk makluman, pelan MHIT asas ini akan melalui fasa rintis sekitar separuh kedua 2026 kelak sebelum dilaksana secara rasmi pada 2027.