Artikel

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2 Bermula Hari Ini – Rekod Tertinggi Dalam 12 Tahun

Seperti yang dijanjikan dan dinantikan penjawat awam Malaysia – hari ini kenaikan gaji fasa 2 kumpulan ini dilaksanakan, di mana peningkatan gaji penjawat awam tersebut menjadi yang tertinggi dalam tempoh 12 tahun. 

Menurut notis Perdana Menteri Anwar Ibrahim, pelarasan itu adalah komitmen negara untuk memberi penghargaan kepada sumbangan penjawat awam dalam sistem perkhidmatan negara.

Untuk rekod, fasa 1 memperlihatkan sebilangan besar penjawat awam menerima kenaikan gaji sebanyak 8% pada Disember 2024 dan hari ini fasa 2 menerima 7%. Sementara kumpulan penjawat awam pengurusan tertinggi, profesional menerima sekitar 4% pada fasa 1 dan 3% pada fasa 2.