Exabytes bersama Amazon Web Services (AWS) kini telah mencapai kesepatakan Perjanjian Impak Sosial bernilai RM4.3 juta – bagi tujuan melatih ratusan rakyat Malaysia terutamanya kalangan B40 dan M40 dengan memberi pendedahan kemahiran berkaitan pengkomputeran awanan serta kecerdasan buatan (AI). Melalui pengukuhan kemahiran ini, ia secara langsung memenuhi permintaan tenaga kerja digital di pasaran semasa.
Dengan sokongan rakan pelaksana Forward College, inisiatif 2 tahun ini akan dikendalikan oleh Pusat Kecemerlangan Awan (CCoE) Exabytes dengan merapatkan jurang bakat digital melalui tajaan penuh Diploma Kejuruteraan Perisian Gunaan (NitroDegree) dan program AWS re/Start. Kedua-dua laluan ini direka untuk menyediakan peserta bagi peluang kerjaya dalam pengkomputeran awan, DevSecOps, dan kejuruteraan Kecerdasan Buatan (AI) atau Pembelajaran Mesin (ML). Kelayakan akses ini dijelaskan tertakluk pada sesi ujian tapisan peserta dengan keutamaan diberikan kepada golongan B40, M40.
Di bawah perjanjian ini, AWS akan menyalurkan dana sekitar RM4.3 juta kepada Exabytes dalam tempoh dua tahun (2026-2028). Agihan dana bergantung kepada hasil program yang boleh diukur, termasuk kadar tamat pengajian, perolehan sijil AWS, dan kejayaan penempatan kerja. Graduan yang memenuhi piawaian prestasi akan berpeluang menerokai kerjaya melalui latihan industri dan penempatan tetap di Exabytes serta rangkaian rakan strategiknya. Untuk tindakan lanjut, semua pihak boleh merujuk laman Exabytes CCoE untuk langkah permohonan dan ketahui kriteria yang digariskan.