Artikel

Sarawak Akan Turunkan Had Umur Permohonan Kerakyatan – Daripada 21 Tahun Kepada 18 Tahun

Bermula Jun 2026 ini, Sarawak akan menurunkan had umur permohonan kerakyatan penduduk negerinya iaitu daripada usia 21 tahun kepada 18 tahun. 

Makluman Kementerian Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Negeri ini adalah selari dengan pindaan di bawah Perkara 15(A) Perlembagaan Persekutuan. Buat pengetahuan umum, ketika ini Sarawak berdepan lonjakan permohonan kewarganegaraan yang melibatkan anak tidak sah taraf – yang dilahirkan oleh ibu bukan warganegara dan anak angkat tanpa pendaftaran sah.

Kes rumit ini mengikut laporan, antaranya melibatkan warganegara dari Filipina, China, Indoensia dan Papua New Guinea.

Maka melalui pelarasan tersebut, kementerian negeri menasihatkan pihak yang terlibat untuk mendaftarkan perkahwinan mereka di luar negara menerusi pendaftaran yang sah pada perundangan Malaysia. Dengan tindakan tersebut, perihal ini akan memudahkan proses kerakyatan direalisasikan.