Artikel

ShopeePay Umum Pengguna Lengkapkan eKYC, Raih Peningkatan Had Dompet – Sehingga RM30,000

Shopee terus menawarkan insentif yang menarik buat pengguna negara, dengan tindakan terbaharu – iaitu meningkatkan had dompet sehingga RM30,000. 

Tindakan itu sekali gus menjadikan had dompet digital paling tinggi yang pernah dilaraskan pada pasaran Malaysia. Buat pengetahuan umum, sebelum ini had tersebut sekadar di paras RM4,999 kemudian dilaras naik kepada RM9,999 sahaja.

Maka untuk meraih manfaat had tersebut, akses ini hanya dapat diperolehi setelah pengguna ShopeePay melengkapkan proses eKYC (Know Your Customer, Kenali Pelanggan Anda) mereka. Setelah menyelesaikan proses tersebut maka ShopeePay pengguna akan dinaiktaraf, yang membolehkan had maksimum dompet digital baharu diraih oleh pengguna – iaitu sehingga RM30,000.

Ini bermakna, bagi pengguna yang masih tidak melengkapkan eKYC maka kumpulan ini masih boleh menggunakan aplikasi dengan had dompet asas iaitu RM2,999. Namun untuk mengubah status had tersebut, para pengguna boleh ikuti langkah di bawah: