Artikel

Maybank Rancang Perkenal Aplikasi Baharu – Ganti MAE

Selari dengan matlamat RM10 bilion pelaburan perbankan pada segmen teknologi operasi bagi tempoh 5 tahun sehingga 2030 – Maybank kini memaklumkan sebahagian daripada agenda itu pihaknya akan memperkenalkan aplikasi baharu, bagi menggantikan MAE. 

Mengikut laporan Bernama, aplikasi baharu ini akan berfungsi secara menyeluruh dan seragam berbeza dengan amalan semasa yang memperlihatkan penggunaan aplikasi perbankan secara berasingan mengikut negara. Dan berdasarkan matlamat itu, Indonesia dijangka menjadi pasaran terawal pada pengenalan aplikasi tersebut.

Buat pengetahuan umum, MAE telahpun diperkenal sejak 2019 dan telahpun meraikan ulang tahun ke-5 pada Oktober 2025. Berdasarkan pencapaian MAE di Malaysia, kini aplikasi MAE telahpun memiliki sekitar 10.7 juta pengguna dengan mengendalikan lebih RM4 bilion transaksi digital sejak 2020.