Artikel

Inflasi Malaysia Kini Meningkat 1.6%

Paras inflasi Malaysia kini dilihat terus alami peningkatan secara berkala – apabila penanda aras di bawah Indeks Harga Pengguna (IHP) menunjukkan berlakunya kenaikan 1.6% bagi rekod Disember 2025. 

Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini memaklumkan kenaikan tersebut didorong kesan peningkatan inflasi lebih tinggi bagi kumpulan Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial & Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (5.7%), Pendidikan (2.8%),  Minuman Alkohol & Tembakau (2.5%), Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (0.9%), Maklumat & Komunikasi (0.9%), Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (0.3%) dan Pakaian & Kasut (0.1%).

Namun peningkatan inflasi lebih perlahan direkodkan pada segmen Pengangkutan (0.1%),  Rekreasi, Sukan & Kebudayaan (0.8%) dan Restoran & Perkhidmatan Penginapan (3.1%). Bagi segmen Makanan Di Luar Rumah pula – data menunjukkan kenaikan kos lebih perlahan turut berlaku kepada 2.7%.

Sementara taburan negeri pula memperlihatkan terdapat 5 negeri merekodkan paras inflasi lebih tinggi berbanding paras nasional (1.6%) ianya Johor (2.3%), Negeri Sembilan (2.2%), Pahang (1.8%), Wilayah Persekutuan Labuan (1.8%) dan Selangor (1.7%). Manakala baki 11 negeri kekal di bawa paras inflasi nasional dengan Kelantan menjadi negeri inflasi terendah (0.5%).