Bermula tahun 2027, sistem pendidikan Malaysia akan perlihat beberapa perubahan ketara antaranya pendidikan prasekolah di negara akan bermula pada usia 5 tahun manakala Tahun 1 pula akan bermula pada usia 6 tahun.
Tindakan ini diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang pelancaran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 yang dilaksanakan pada hari ini.
Selain perubahan itu, peperiksaan Bahasa Melayu dan Sejarah kini diwajibkan kepada pelajar sekolah swasta, antarabangsa, agama dan pelajar UEC. Di samping itu peperiksaan Tahun 4 (bermula 2026) dan Tingkatan 3 (bermula 2027) akan diperkenalkan – dikenali sebagai Metrik Pembelajaran dengan mengfokuskan kepada 4 subjek utama iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu dan Sains. Langkah ini bertujuan untuk menilai penguasaan dan prestasi pelajar secara berkala.
Tidak hanya pelaksanaan sedemikian, ini antara tumpuan mutu pendidikan yang ingin dicapai di bawah RPN 2026-2035:
- Murid mencapai sekurang-kurangnya gred C bagi keempat-empat mata
pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah - Semua murid mencapai tahap sosioemosi sejahtera dan adab yang baik
- Semua murid mencapai tahap kompetensi digital pada tahap intermediate dan
ke atas (merujuk Digital Competency Score) - 90% murid Tahap 2 hingga Tingkatan 5 mencapai tahap kesihatan fizikal
cergas dalam ujian SEGAK (Standard Kecergasan Murid) - Semua murid menguasai sekurang-kurangnya kemahiran dwibahasa iaitu
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris - Semua institusi pendidikan KPM mempunyai Ikon Lestari
- Semua MBPK mencapai tahap potensi mengikut keupayaan masing-masing
- Malaysia mencapai skor purata yang setara dengan standard pentaksiran
antarabangsa - Semua murid menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
- Semua murid menguasai literasi dan numerasi pada akhir Tahap I
- Semua institusi pendidikan KPM dilengkapi dengan kemudahan prasarana asas
- Semua institusi pendidikan KPM dilengkapi dengan rangkaian internet
berkelajuan tinggi (keseluruhan institusi) dan peranti digital