AirBorneo, syarikat penerbangan milik Sarawak kini memaklumkan akan laksana perkembangan operasi pada pasaran semasa – dengan menyasarkan perluasan penerbangan ke Semenanjung pada tahun ini, diikuti ke destinasi Asia Tenggara mulai 2027.
Pengembangan ini jelas pelancongan negeri akan dijalankan secara berperingkat mengikut ketersediaan pesawat, mengikut kawalselia dan kelulusan pihak berkuasa. Di mana dalam tempoh setahun mendatang, dijangka sekitar 3 pesawat jet akan diraih. Buat masa ini, AirBorneo sekadar mengendalikan 8 pesawat ATR, 6 Twin Otter – yang ketika ini hanya sesuai untuk laluan luar bandar dan jarak pendek.
Berbalik kepada sasaran Asia Tenggara, AirBorneo menyasarkan perluasan ke destinasi serantau ini melibatkan tumpuan pasaran seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina mulai 2027. Selepas fasa pertama ini berjaya, pihak pengurusan akan menyemak semula prestasi pasaran sebelum merangka pelan pengembangan penerbangan yang lebih meluas pada masa hadapan.