Artikel

Populasi China Susut 3.39 Juta Orang – Pada 2025

Selain berdepan tekanan perdagangan, tahun 2025 memperlihatkan China berdepan isu kritikal – apabila jumlah populasinya menyusut 3.39 juta orang kepada 1.404 bilion orang.

Data Biro Statistik China ini memperincikan, terdapat seramai 716.85 juta penduduk lelaki diikuti 688.04 juta penduduk wanita pada tahun lalu. Penurunan ini antaranya didorong akan kadar kelahiran yang lebih rendah iaitu 5.63 kelahiran bagi setiap seribu penduduk sementara kadar kematian pula 8.04 bagi setiap seribu penduduk.

Kemerosotan ini sekali gus menjadikan ia kadar terendah yang pernah direkodkan China pada pasaran semasa sejak 1949. Di mana hanya 7.92 juta kelahiran sahaja dicatatkan pada tahun 2025.

Kesan kadar tersebut, China kini dalam usaha meningkatkan kadar perkahwinan serta kesuburan bagi menambahbaik rekod kelahiran semasa. Tidak hanya penawaran subsidi penjagaan kanak-kanak juga sedang diteliti di samping mengenakan cukai ke atas jualan kondom.

Langkah agresif itu tidak sekadar mengimbangi kembali jumlah populasi China tetapi untuk memastikan negara bersedia mendepani isu masyarakat menua dan mengukuhkan aliran ekonomi di pasaran hadapan.