Seiring dengan penamatan tempoh promosi, Prasarana kini memaklumkan akan menetapkan tambang van Rapid On-Demand (ROD) kepada RM2 berbanding RM1 – berkuat kuasa 1 Februari 2026.
Perubahan ini jelas Prasarana turut akan dikenakan kepada pemegang pas My50, Rapid Kota, Rapid Kembara dan Rapid Keluarga.
Maka dengan pelarasan harga itu, ia tidak sekadar mengukuhkan lagi prestasi kewangan di bawah ROD tetapi turut menyokong matlamat Prasarana menambah akses unit ROD bersama pengguna pengangkutan awam negara. Buat pengetahuan umum, sebanyak 300 unit van elektrik (EV) pada sistem ROD akan dilaksanakan mulai akhir 2027 kelak. Di mana 130 unit van EV akan disalurkan pada pasaran Lembah Klang, dan Pulau Pinang (170 unit).
Secara menyeluruh ketika ini jumlah penumpang ROD memaparkan peningkatan positif apabila mencapai lebih 19,000 pengguna secara tahunan, setakat 2025.