Data Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) kini mendedahkan Selangor menjadi negeri tertinggi yang mencatatkan jumlah kes kebankrapan kalangan penjawat awam, terutamanya golongan guru.
Situasi ini mengikut laporan TheStar, punca utama yang mengheret penjawat awam ke lembah muflis adalah beban pinjaman peribadi yang tidak terkawal. Ini berikutan kumpulan ini memiliki pendapatan tetap, mereka sering menjadi sasaran mudah bagi institusi kewangan dan koperasi untuk menawarkan pelbagai skim pembiayaan.
Malangnya, kemudahan untuk mendapatkan pinjaman ini tanpa pengurusan kewangan yang berhemah secara langsung telah menyebabkan mereka terperangkap dalam pusingan hutang yang serius sehingga gagal memenuhi tuntutan pembayaran.
Namun, MDI optimis bahawa naratif kebankrapan negara mampu diubah melalui usaha sokongan seperti Dasar Peluang Kedua. Melalui pindaan akta terbaharu, sistem insolvensi kini lebih bersifat kemanusiaan dengan memberi keutamaan pelepasan kepada golongan rentan dan pesakit mental. Agenda pemulihan ini bakal diperluaskan lagi melalui kriteria fast-track buat mangsa penipuan serta ibu tunggal, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan dalam memberi peluang kedua untuk rakyat bangkit semula.