Artikel

Melaka Beri Cuti Khas 1 Ramadan – Buat Penjawat Awam

Penjawat awam Melaka kini diumumkan akan meraih cuti khas – bagi menyambut ketibaan bulan puasa, 1 Ramadan yang dijangka jatuh pada tarikh 19 Februari 2026 kelak.

Pengumuman rasmi ini menurut notis Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusof adalah tindak-balas pentadbiran negeri dalam menghargai khidmat penjawat awam pada pelaksanaan pelbagai program tahun 2025.

Dengan pemberian cuti khas ini bermakna Melaka akan miliki 6 hari cuti umum dan cuti hujung minggu secara berturutan – susulan sambutan Tahun Baru Cina (17, 18 Februari), cuti khas 1 Ramadan (19 Februari), Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (20 Februari) dan cuti hujung minggu (21, 22 Februari).