Minggu ini, dijangka 20 Januari 2026 kelak – Kerajaan Malaysia akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 10 tahun baharu bagi tempoh 2026-2035 untuk mengukuhkan sistem pendidikan tinggi negara di pasaran hadapan.
Pengenalan pelan tersebut sekali gus akan memaparkan keseluruhan rantaian pendidikan melibatkan semua peringkat prasekolah sehingga pendidikan tinggi di bawah pengamatan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Selain rancangan mengukuhkan sistem pendidikan negara, antara fokus utama turut memastikan pelajar yang berkelayakan tidak tercicir daripada melanjutkan pengajian kesan isu kemiskinan serta kekangan sosioekonomi. Dengan tumpuan tersebut, usaha ini tidak akan mengetepikan bakat-bakat tempatan bahkan meluaskan lagi peluang mereka untuk meningkatkan sektor ekonomi Malaysia.
Ke arah meluaskan akses tersebut, pelan ini dilihat turut akan mengetengahkan sokongan kecerdasan buatan (AI) pada sistem pendidikan negara. Biarpun tiada perincian lanjut akan komitmen tersebut namun penerapan ini dilihat selari dengan perkembangan teknologi, digital semasa yang diselaraskan mengikut keperluan pasaran pekerjaan.