Setelah melalui proses penstrukturan selama 6 tahun, Capital A kini telah melengkapkan pelupusan perniagaan penerbangan iaitu AirAsia Berhad, AirAsia Aviation Group Limited kepada AirAsia X.
Makluman penyatuan yang dikemukakan pada Bursa Malaysia ini, dijelaskan diselesaikan menerusi penerbitan sebanyak 2.3 bilion saham AAX kepada Capital A. Disusuli 606.06 juta saham kepada pelabur. Transaksi itu secara lagsung menggabungkan kesemua syarikat penerbangan berjenama AirAsia di bawah satu mediu penrbangan tunggal iaitu AirAsia Group.
Dengan peralihan itu, di bawah Capital A terdapat 5 segmen utama iaitu ADE, Teleport, AirAsia MOVE, AirAsia Next dan Santan dan langkah lanjutan kumpulan akan menambahbaik penstrukturan operasi dengan menyelesaikan isu PN17.
Bagi pembaca yang keliru, AirAsia adalah segmen penerbangan tambang rendah – yang mana mengfokuskan kepada perjalanan jarak dekat sementara AirAsia X (AAX) pula adalah segmen penerbangan jarah jauh dan merupakan model perniagaan penerbangan sepenuhnya sepertimana persaingan bersama MAS dan Emirates.
Pengasingan kedua entiti sebelum ini bertujuan untuk memiliki tahap pengurusan risiko yang lebih cekap dan stabil. Namun kesan pengasingan tersebut dilihat turut meningkatkan kos operasi kedua segmen penerbangan. Maka dengan penyatuan segmen penerbangan ini, ia tidak sekadar mengukuhkan kekuatan kewangan kumpulan tetapi menyatukan sistem tempahan di bawah pengurusan yang sama.