Rentetan terdapat pihak yang memanipulasi penguatkuasaan yang ditetapkan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini beri cadangan untuk laksana penangguhan 6 bulan kemasukan import e-waste dan sisa plastik pada pasaran negara.
Tindakan moratorium ini mengikut notis SPRM, adalah langkah percubaan SPRM untuk mengaudit kesan sebenar ke atas ekonomi, persekitaran dan integriti sistem penguatkuasaan di Malaysia dalam pemberian permit kemasukan sisa.

Perihal ini adalah tindak balas Malaysia susulan direkodkan menjadi negara yang teratas mengimport sisa sejak 2023 dan Malaysia juga menjadi negara dalam kategori kritikal susulan gagal menguruskan sisa plastik dengan baik pada tinjauan sisa MWI 2025.
Semakan ini jelas SPRM turut akan melibatkan sokongan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Buat pengetahuan umum, Malaysia telah mula mengetatkan sekatan import sisa plastik berkuat kuasa 1 Julai 2025, dengan kebanyakan import dilarang kecuali yang dibenarkan melalui sistem permit SIRIM dan MITI. Langkah itu bertujuan mengurangkan kemasukan plastik buangan asing serta memastikan hanya sisa sesuai untuk kitar semula dibenarkan masuk ke negara ini.