CIMB Bank kini memberi peringatan kepada pengguna bahawa khidmat Terminal Layan Diri melibatkan ATM, MEPS dan CDM akan alami gangguan sementara – pada 18, 20 dan 21 Januari 2026.
Gangguan ini untuk makluman adalah memberi laluan kepada operasi untuk laksana penyelenggaraan sistem secara berkala bagi memastikan khidmat perbankan kekal lancar pada pasaran semasa.
Menurut notis rasmi CIMB Bank ini, gangguan perkhidmatan tersebut akan berlaku dalam dua tempoh iaitu pada 18 Januari (Ahad) bermula 12.01 pagi sehingga jam 5.00 pagi sementara 20 dan 21 Januari (Selasa dan Rabu) gangguan perkhidmatan akan bermula 12.01 pagi sehingga 12.30 tengahari.
Kesan gangguan itu, semua pihak dinasihatkan untuk peka dengan tempoh penyelenggaraan dan rancang urusan transaksi anda dengan lebih cekap tanpa berdepan sebarang kesulitan.
