Kebelakangan ini, beberapa pengurusan tertinggi di bank digital Malaysia telah mengumumkan pengunduran mereka. Kini, tindakan yang sama dilihat akan berlaku di Ryt Bank, yang mana Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Melvin Ooi, dilaporkan bakal meletakkan jawatan daripada bank digital berteraskan AI tersebut.
Di mana peranan tersebut akan digalas oleh Wilson Soon, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat selaku Pemangku CEO.
Biarpun tiada pengesahan rasmi, menerusi pengunduran ini, Melvin menoktahkan perjalanan bersama Ryt Bank selama 3 tahun 2 bulan. Sebelum ini, beliau pernah memikul tanggungjawab sebagai CEO BonusKad Loyalty, Pengurus Negara Alipay bagi pasaran Singapura dan Indonesia, serta berkhidmat selama lebih sedekad di American Express.