Artikel

Tahun 2025 Rekod Lebih Ramai Rakyat Malaysia Naik Bas, Tempahan Tiket Melonjak 15% – redBus

Dengan penambahbaikan pada kualiti perkhidmatan bas di Malaysia, redBus kini meraih  peningkatan 15% pada tempahan tiket bas menerusi operasi kumpulan sepanjang tahun 2025. 

Berdasarkan tinjauan 2025 redBus ini peningkatan itu mendapati 82% daripada jumlah tiket bas yang ditempah, merupakan penumpang solo berbanding hanya 12% perjalanan bas sahaja melibatkan penumpang berkumpulan.

Lebih menarik, data turut menunjukkan 15% rakyat Malaysia gemar laksana tempahan tiket sehari sebelum perjalanan disusuli 30% rakyat Malaysia pula memilih untuk menempah tiket perjalanan 4 hari sebelum perjalanan. Rekod ini mencerminkan, permintaan pada masa terhad kekal tinggi dan menuntut penyedia bas bersedia menawarkan tiket pada tempoh tersebut.

Corak perjalanan 2025 juga turut merumuskan Kuala Lumpur-Melaka menjadi laluan pagi aktif dengan kadar tempahan berulang yang tertinggi dalam sistem redBus. Laluan ini didorong akan keperluan kerja, pendidikan, serta faktor Melaka menjadi destinasi percutian jarak dekat.

Mengikut taburan harian pula, hari Khamis menjadi hari perjalanan bas paling sibuk pada 2025, diikuti hari Ahad pula iaitu selepas 26 haribulan menjadi hari paling popular susulan rakyat Malaysia baru meriah gaji dan merancang perjalanan percutian mereka. Namun hari Selasa pula menjadi hari yang merekodkan tahap perjalanan paling rendah sepanjang minggu melibatkan khidmat bas dan bulan Disember menjadi bulan yang paling sibuk dengan perjalanan susulan ia merupakah tempoh cuti akhir tahun untuk rakyat Malaysia.

Melihat pada perkembangan yang positif pada 2025, redBus optimis prestasi tersebut terus meningkat pada tahun 2026 – bersempena Tahun Melawat Malaysia. Dengan perluasan permintaan tiket bas ia tidak sekadar mengukuhkan rangkaian khidmat bas tetapi memberi nilai tamabah kepada ekonomi setempat dan sekali gus dapat membentuk ekosistem pelancongan yang lebih inklusif pada pasaran semasa.