Artikel

LHDN Perkenal ‘Tanya Hafy’ – Mudahkan Urusan Pembayar Cukai

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dilihat terus meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan – apabila hari ini memperkenalkan khidmat baharu iaitu ‘Tanya Hafy’ bagi memudahkan urusan pembayar cukai di Malaysia lebih cekap. 

Platform Tanya Hafy ini menurut notis LHDN, kini telahpun tersedia buat pengguna di mana medium ini menggantikan platform terdahulu iaitu Tanya@HKC yang sebelum ini boleh diakses melalui portal rasmi HASiL.

Di mana para pembayar cukai boleh mengakses secara sendiri untuk mengetahui keperluan data berhubung urusan percukaian mengikut kategori individu, syarikat dan majikan.

Selain Tanya Hafy, LHDN kini turut tersedia di ruangan aplikasi WhatsApp untuk tindakan makluman percukaian, peringatan bayaran, notifikasi berkaitan tunggakan serta pematuhan cukai ke nombombor telefon pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDN. Dengan pengenalan khidmat baharu ini, diharap urusan pembayar cukai akan lebih efektif dan teratur dalam melunaskan tanggungjawab masing-masing.