Selaras dengan pelaksanaan syarat gaji minimum baharu golongan Ekspatriat pemegang Pas Penggajian (EP) di Malaysia – yang dijangka naik dua kali ganda mulai 1 Jun 2026 kelak – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) kini memaklumkan dasar tersebut kini sedang diteliti dan diperhalusi akan pelaksanaannya.
Semakan itu menurut laporan Bernama bertujuan untuk meneliti keperluaan kenaikan gaji secara menyeluruh – berdasarkan jumlah tenaga kerja dan tempoh penggajian yang ditawarkan.
Pihak Kesuma keputusan semakan ini akan diketahui selewatnya pada awal Februari 2026 kelak. Matlamat utama negara adalah untuk meningkatkan penyertaan bakat Malaysia di luar negara, untuk kembali bertugas di pasaran domestik, di samping meningkatkan penawaran pekerjaan bersama paras gaji yang tinggi buat pekerja tempatan semasa.
Dan kedudukan bakat asing dijelaskan kekal penting untuk pembangunan negara khususnya melibatkan perkongsian kemahiran, latihan dalam memahami keperluan ekosistem ekonomi selari dengan permintaan pasaran semasa.